Friday, February 6, 2009

al_qur"an

bila Al-Quran mula bersuara...

ku merindui zaman itu...
ketika kau masih kanak-kanak...
tika aku kau sentiasa kelek....
sentiasa kau baca...
biarpun sebutanmu tidak sebeberapa...

ada kala,
air matamu menitis kerana...
sukar kau jelaskan sebutanmu...

ada kala,
badan kau berbirat-birat...
disebat Tok Guru akibat kerenahmu...

ku merindui zaman itu...
ketika aku kau bawa ke mana-mana
hatta pergi ke pasar di atas arahan ibumu...

kau muliakan aku...
kau letakkan aku di dalam rakmu...
elok berbalut tersimpan kemas...
tersusun di dalam almarimu...

namun.......
nasib memang tetap menjadi nasib...
masa kian berlalu...
ia hanya menuruti sunatullah

aku masih lagi menanti...
menanti...dan menanti...
saatnya kau kembali kezaman kanak-kanakmu...
tika kau sentiasa membacaku dan mentadabburi isiku...

perasaan itu kulemparkan jauh ke lautan...
perkara itu mungkin sekali-kali tidak berlaku...
kerana...kau simpan aku di dalam almarimu...

berhabuk...
berdebu...
menjadi rakan kepada tikus dan lipas...
kau biarkan aku reput bersama masa...

sedangkan engkau sibuk melayan dunia...
bergaji besar....
rumah yang cantik...
isteri yang sentiasa setia kepadamu...
anak-anak yang cerdik lagi taat mematuhi arahanmu...

INGATLAH WAHAI MANUSIA
BACALAH AKU KERANA KAU AKAN MEMERLUKANKU
KETIKA SAAT TIADA LAGI PERTOLONGAN MELAINKAN
TUHANMU DAN ORANG YANG DIREDHAI OLEHNYA

-akh roY-



Minal ماليزيا, ilal فلسطين
January 1, 2009 at 4:01 pm • Filed under Palestin

Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Qur’an, 17:1)
Januari 2006, satu sejarah baru telah bermula. Jimmy Carter, ketua pemerhati yang merupakan mantan Presiden Amerika mengisytiharkan: “Inilah pilihan raya yang paling bersih”. Kenyataan ini cuba ditolak oleh Amerika sendiri. Mereka seolah-olah terpacul dari bibir mengatakan “WHAT??”. Terkejut. Terkesima. Terkedu. Bagaiman mungkin HAMAS mampu menang pilihan raya itu. Berbekal 77 kerusi yang dimenangi, HAMAS berjaya membuat satu dunia terkejut akan kemenangan mereka ke atas FATAH yang mendapat hanya 45 kerusi. Oleh kerana itu, Amerika yang sememangnya menyokong padu Pinnochio mereka, FATAH telah menubuhkan kuartet yang terdiri dari Israel Laknatullah, EU dan Russi telah mula mengenakan sekatan ekonomi ke atas rakyat Palestin.
Haha. Demokrasi yang dipromosikan oleh mereka telah menyebabkan maruah mereka tercabar. Suatu Kelemahan (capital “K” menunjukkan suatu yang tidak dapat disangkal) yang tak dapat tidak cuba disorokkan oleh pihak-pihak yang digelar sebagai sayap kanan. Oleh itu, HAMAS yang diperkenalkan sebagai sayap kiri dunia membuktikan di sebalik Demokrasi rekaan pihak Kanan yang berjaya mencuri hati dunia, ada udang di sebalik batu. Tatkala keputusan sistem mereka tidak berpihak kepada mereka, sekatan demi sekatan dilakukan, serangan demi serangan dilancarkan, dari segi pemikiran, media dan ketenteraan dilakukan supaya rakyat Palestin tidak menyokong HAMAS dan mahu melihat pergerakan HAMAS dilumpuhkan dan rakyat palestin kembali menyokong Barbie Doll Amerika di Palestin.


kami akan terus berjuang!!!
Namun, tidak. bahkan sekali-kali tidak. Rakyat Palestin tidak akan tunduk kepada mereka. Rakyat Palestin akan tetap terus berjuang mempertahankan tanah air mereka. Mereka tahu dan faham bahawa mereka merupakan benteng terakhir umat. Mereka percaya, yakin dan mengimani bahawa Allah bersama-sama mereka. Lebih 6 dekad, mereka menderita. Mereka tetap terus bertahan ketika mana umat Islam di Malaysia yang mempengerusikan OIC hanya mampu duduk di kerusi conference. Masih ramai saudara kita tidak mengetahui tentang isu Akidah ini. Masih ada yang tidak mengetahui bendera Palestin.
Ya, kenapa asyik Palestin? Negara merdeka pun seperti biasa je? Tidak patriotik kah kita?
Isu Palestin ialah isu Akidah bukan sekadar kemanusiaan. Setuju. Kita perlu berjiwa patriotik terhadap negara. Bahkan Rasulullah s.a.w. sendiri menganjurkannya. Akan tetapi, sedarlah AKIDAH ialah suatu yang perlu kita pertahankan. Bagaimana mungkin Kiblat pertama kita jatuh ke tangan Yahudi Laknatulllah. Bagaimana mungkin Masjidil Aqsa yang ketiga mulia dalam ISLAM hancur di tangan mereka. Sekiranya kita patriotik pada negara, bagaimana pula agama? Adakah kita mendahulukan nasional lebih dari agama? Ya. Kita patriotik apabila menyambut kemerdekaan negara. Bahkan, jiwa kita lebih patriotik sekiranya kita sensitif dan faham isu di Palestin. Islam tidak mengenal garisan geografi yang memisahkan negara2 Islam.
Janganlah kamu lemah dan minta damai padahal kamulah yang di atas dan Allah beserta kamu dan Dia sekali – kali tidak akan mengurangi (pahala) amal- amal kamu. (Quran 47:35)
Mengapa perlu pelbagai perjanjian yang palsu dibuat satu demi satu? Kita melihat gencatan senjata Israel-Hamas yang termeterai hasil usaha Mesir juga seumpama menegakkan benang yang basah. Israel membuktikan kegagahan mereka melanggar gencatan sejata tersebut apabila rejim zionis tersebut menceroboh sempadan Gaza pada 4 November. Seterusnya, gencatan tamat dengan berlakunya siri serangan bermula awal Disember 2008. Tatkala, masyarakat dunia masih menunggu ketibaan Barrack Obama, serangan ke atas SAUDARA kita di Palestin telah diakui oleh Israel sebagai serangan yang diluluskan oleh pihak Amerika. Suatu ironi di mana masyarakat menunggu penyelamat dunia, Amerika pula meluluskan serangan tersebut dengan Hamas diperlihatkan oleh media sebagai pihak yang memulakan serangan tersebut.
Kini, sudah hari ke-enam. Israel masih terus mengganas. Saudara kita bergetar dengan letusan bom. KITA?????
APA PERANAN KITA???

Apa Peranan Kita??

Allahumma ya munzilal kitab.....


HAMAS: Buat Umat Islam di Malaysia

(Ini adalah pesanan Dr Khalil Al Haya yang mewakili HAMAS di Palestin untuk
umat Islam di Malaysia. Beliau telah berada di Malaysia pada tarikh 11 -17
Mei 2006 untuk siri kempen “Bersama Menyokong Rakyat Palestin dan kerajaan HAMAS”.
Pesanan ini telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh Ustaz Maszlee
Malik di atas permintaan beliau)

Ini adalah sebahagian dari surat Dr. Khalil Al-Haya:

Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen
untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini.
Kami hanya
mempunyai dua pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas
mengiktiraf Israel demi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang
kedua adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk kepada tekanan.
Kami telah memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang ke titisan
darah terakhir kami.
Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah. Kami
tidak akan sekali-kali tunduk kepada tekanan. Malangnya rakyat hanya boleh
bertahan selama enam bulan. Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan
menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada
tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut
mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan
sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah
anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?

*Umat Islam di Malaysia sekelian!*

Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah
setiap daripada kami akan gugur syahid.
Kami akan terus memastikan prinsip
Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.

Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya
menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan
. Kami akan tuntut dari Allah
di atas kelembapan anda semua.
Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan
kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya.

Saudaramu
KHALIL ISMAIL AL HAYA
Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin,
Kuala Lumpur,
14 Mei 2006.

Wednesday, December 3, 2008

salam

salamualaikum.

rindunyer nak post dalam blog ni...lama dah tak post kan !!!

Wednesday, June 4, 2008



Join an Usrah

What is Usrah?

Usrah is a study circle. Muslims or Muslimahs join together for intense study and learning with an interactive approach with the teacher during the session.
For instance, the people will study on a specific topic given prior to the meeting, and the teacher will begin by opening the meeting, teaching, and then asking the members questions to see what they understand of the topic. These sessions really keep you on your toes because of the active participation.

The topics are DEEP and not trivial. Prior to a Usrah, most people didn't realize that they could spend 10 weeks in a row discussing TAWHEED (the Oneness of Allah swt) with new revelations of understanding each time! Other topics could be: Sunnah, Morals in Islam, The way to carry Dawah, Fiqh, Pre-Destiny, etc.

Usrah is much, much more structured than an open chat session, and makes efficient use of your valuable time in learning this deen (way of life of a Muslim) and the way of the pious salaf (predecessors).


وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُواْ وَاذْكُرُواْ نِعْمَةَ اللّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاء فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا
"And hold fast, all together, by the rope which Allah (stretches out for you), and be not divided among yourselves; and remember with gratitude Allah’s favour on you; for ye were enemies and He joined your hearts in love, so that by His Grace, ye became brethren..." Qur'an 003.103

Thursday, May 29, 2008

Majmu'ah ar-rasail

Towards the Light


In the Name of Allah, the Most Merciful, the Most Compassionate
Preface
In Rajab 1366 (May June 1947), the Imaam Al-Shaheed Hasan Al-Banna, General Guide of the Muslim Brotherhood, sent this letter to Faruq 1st, King of Egypt and the Sudan, Mustafa Al-Nahaas Pasha, his then Prime Minister, and to the kings, princes, and rulers of the various countries of the Islamic world, as well as to a great number of civic and religious leaders in those countries. Once again we are publishing and distributing it. Many of the view points and directives it contains still represent the dearest hope of every Arab and every Muslim. Let us pray Allah that it be fulfilled!
The Message
In the Name of Allah, the Merciful, the Compassionate!
Praise be to Allah, and may Allah bless and save
Our Leader Muhammad, his Household and his Companions.
‘Our Lord, Bestow on us mercy from yourself, and facilitate for us our affair in the right way.’
(Surat-al-Kahf (18), ayah 10 )
Cairo, Egypt, Rajab 1366
Your Excellency,
May the peace and blessings of Allah be upon you.
What has urged me to submit this letter to Your Excellency is a keen desire to guide the nation, whose leadership Allah has placed in your care and whose affairs He has delegated to you in this new age. Such that it is done in a righteous way, established on the most excellent of paths, drawing out for it the best of programs, protecting it from shocks and disturbances, and sparing it from long and painful experiences.
We do not desire from this anything , except to have fulfilled our duty and submitted our advice... for Allah's reward is better and more lasting.
The Shepherd's Responsibility
Your Excellency,
Allah had delegated the rulership of this nation to you, and has placed on you its interests, its affairs, its present and its future. as a trust. You are responsible for this before Allah (SWT). If the present generation are your tools, the coming generation will be your products. How mighty this trust, and how great this responsibility, that a man should be held answerable for a nation:
‘Each of you is a shepherds and each is responsible for his flock.’
In ancient times, the Just Imaam (Umar Ibn Al-Khattaab) said: ‘If a mule were to stumble in Iraq, would hold myself responsible for it before Allah (SWT), as to why I had not levelled the road for her.’ The Imam Umar depicted the immensity of his responsibility in a saying of his:
‘How I wish that I could vacate my position, owing nothing and not being owed anything!’

Saturday, May 24, 2008

Selamat berutlah....:}

Wanita solehah


Salamualaikum...............................

Thursday, February 7, 2008

, asalkan sihat ruhani, sempurna hati. Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangan"Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera agama. Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata. yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmaninya ada matlamat. Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana ana serikandi dengan silam yang kelam. Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia. Dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, ana redha ketetapan Ilahi" ~khazinatul_asrar~

Malaikat Menurut Perspektif Sains

oleh:ahmad saifuddin amran


Imej yang diambil dari St Peter's Basilica di atas ini dikatakan 'malaikat'.


Salah satu Rukun Iman adalah percaya kepada Malaikat. Namun begitu, pernahkah kita terfikir bagaimana caranya kita mendatangkan kepercayaan kepada Malaikat? Keimanan tidak datang secara bergolek. Keimanan kepada Allah boleh datang dengan meneliti, menghayati dan memikirkan tentang ciptaan-Nya di alam ini. Keimanan kepada Nabi boleh datang dengan mukjizat-mukjizat yang dikurniakan Allah kepada mereka. Tapi bagaimana pula keimanan kepada Malaikat? Apakah tanda-tanda kewujudan Malaikat?

Sebelum menjelaskan tentang kewujudan Malaikat, seseorang itu perlu tahu sifat-sifat Malaikat itu sendiri. Al-Qur'an dan Hadis banyak menjelaskan kepada kita tentang sifat-sifat Malaikat.1. Malaikat dicipta daripada cahayaSabda Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Aisyah RA :

"Malaikat dicipta daripada cahaya, jin dicipta daripada api dan manusia dicipta daripada apa yang diceritakan kepadamu (tanah)" [Riwayat Muslim]

2. Malaikat tidak berkehendak, tiada nafsu.

Dan mereka berkata: "Mengapa rasul itu memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar? Mengapa tidak diturunkan kepadanya seorang malaikat agar malaikat itu memberikan peringatan bersama- sama dengan dia?" [Al-Furqaan : 7]

3. Malaikat taat melaksanakan perintah Allah tanpa sedikitpun membantah .

Sesungguhnya malaikat-malaikat yang ada di sisi Tuhanmu tidaklah merasa enggan menyembah Allah dan mereka mentasbihkan-Nya dan hanya kepada-Nya-lah mereka bersujud [Al-A'raaf : 206]

4. Malaikat dikurniakan Allah kekuatan.

Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Tuhanmu di atas (kepala) mereka. [Al-Haaqqah : 17]

5. Malaikat boleh berubah menjadi apa jua bentuk dengan izin Allah

Dan tatkala datang utusan-utusan Kami (para malaikat) itu kepada Luth, dia merasa susah dan merasa sempit dadanya karena kedatangan mereka, dan dia berkata: "Ini adalah hari yang amat sulit" [Huud : 77]

Malaikat Satu Bentuk Daya

Malaikat merupakan jamak kepada perkataan Arab iaitu 'malak' yang bermaksud daya (force). Dalam hadis Rasulullah, ada dinyatakan bahawa Malaikat dicipta daripada cahaya. Cahaya merupakan sinaran elektromagnet yang membawa tenaga dan momentum dan kesannya dapat dilihat apabila berinteraksi dengan jirim. Hal ini selari dengan makna Malaikat itu sendiri yang membawa maksud forces atau daya.

Penciptaan Malaikat tidak seperti Manusia. Manusia dicipta hasil dari tindak balas biokimia. Justeru, Manusia perlu patuh kepada hukum (sunnatullah) biokimia iaitu emosi, makan dan berkahwin (mempunyai jantina). Sebaliknya sinaran elektromagnet dicipta dari tindak balas fizik. Maka itu sinaran elektromagnet tidak tertakluk kepada hukum biokimia dan hal ini selari dengan sifat Malaikat itu sendiri iaitu tiada emosi, tidak bernafsu (tuntutan biologi) dan tiada jantina.

Menurut kajian, cahaya dapat bergerak di dalam vakum dengan kelajuan 299,792,458 meter sesaat. Hal ini selari dengan firman Allah dalam Al-Qur'an:
dan (malaikat-malaikat) yang terbang dengan kencangnya [Al-Mursalaat : 2]


Patuh Hukum Alam

Malaikat adalah makhluk Allah yang sangat disiplin, patuh dan tidak pernah membantah perintah-Nya. Malaikat boleh diinterpretasikan sebagai utusan atau alatan Allah dalam mentadbir alam ini. Menjadi sifat sesuatu alat untuk patuh kepada pemiliknya. Seperti komputer yang diprogramkan untuk patuh menerima arahan oleh pembuatnya, Malaikat juga diprogramkan untuk patuh dan taat kepada perintah Allah. Kita melihat sinaran elektromagnet juga sentiasa 'patuh' kepada hukum fizik yang telah ditetapkan Allah. Sekiranya sinaran elektromagnet ini tidak 'patuh', Albert Einstein tidak akan memasukkan nilai c (halaju cahaya) dalam formulanya; E=mc2 sebagai pemalar (constant).

Di segenap penjuru alam ini, terdapat banyak bukti kepatuhan Malaikat terhadap perintah Allah. Sebagai contoh, antara tugas Malaikat ialah menurunkan hujan. Tugas Malaikat ini boleh dijelaskan secara saintifik. Menurut hukum fizik, pemindahan haba berlaku melalui tiga cara iaitu konduksi, perolakan dan sinaran. Melalui sinaran cahaya, matahari dapat memindahkan haba (tenaga) ke atas air di lautan Bumi. Setelah memperoleh tenaga, air di lautan mengewap ke udara lalu terkondensasi membentuk hujan.

Tanpa sinaran cahaya, tidak mungkin proses kitaran hujan berlaku kerana Hukum Keabadian Tenaga menyatakan bahawa tenaga tidak boleh dicipta dan dimusnahkan, ia hanya boleh berubah bentuk. Maka secara saintifik, air tidak boleh secara tiba-tiba mengewap ke udara tanpa ada tenaga yang dipindahkan. Maka Allah menetapkan supaya tenaga dari Matahari untuk menjadi sumber tenaga untuk air di Bumi dapat mengewap dan Allah memberi tugas kepada Malaikat (sinaran cahaya) untuk menjadi perantaraan pemindahan tenaga ini. Maka terjadilah kitaran hujan.Subhanallah!

Penjelmaan Hologram

Al-Qur'an pernah menceritakan kepada kita bahawa Malaikat pernah diutuskan kepada para Nabi menjelma dalam bentuk manusia. Hal ini tidak mustahil dan dapat difahami dengan mudah. Teknologi kini membolehkan kita mencipta imej 3D dengan hologram. Imej 3D hologram dapat dibuat dengan menggunakan pancaran laser dan pancaran cahaya yang mana kedua-duanya adalah sinaran elektromagnet. Hologram bukan sekadar mencipta imej 3D, akan tetapi hologram juga digunakan sebagai ciri-ciri keselamatan dalam kad kredit, kad pengenalan, lesen kereta atau VCD/DVD original untuk membezakan antara palsu dan tulen. Sifat hologram yang membezakan kepalsuan dan ketulenan selari dengan sifat Malaikat dalam firman Allah:

(malaikat-malaikat) yang membedakan (antara yang hak dan yang bathil) dengan sejelas-jelasnya, [Al-Mursalaat : 4]
Bagaiman pula dengan komunikasi? Sinaran elektromagnet boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis bergantung kepada frekuensi gelombang. Jenis-jenisnya termasuklah gelombang radio, gelombang mikro, sinaran terahertz, sinaran infrared, cahaya, sinaran UV, X-rays dan sinar gamma. Komunikasi dapat dilakukan menerusi gelombang radio atau gelombang mikro kerana keduanya adalah satu bentuk sinaran elektromagnet. Kini, terdapat pelbagai alat komunikasi yang menggunakan gelombang radio atau mikro seperti television, radio, telefon bimbit, dan wireless LAN. Maka tidaklah mustahil Malaikat dapat berbicara dengan Nabi dalam keadaan ia merupakan sinaran elektromagnet.
Penutup
Saya berpendapat bahawa tiada salahnya untuk menterjemahkan rupa bentuk Malaikat melalui pendekatan sains. Malaikat adalah salah satu makhluk Allah dan sudah pastinya ia sebahagian dari sunnatullah. Selagi kita tidak melampaui keterbasan akal dengan mengkaji Zat Allah, bagi saya tidak salah sekiranya mengkaji ciptaan Allah termasuk Malaikat sendiri. Bukankah Allah sendiri menggalakkan kita melihat tanda-tanda kekuasaan-Nya dengan mengkaji alam-Nya?
Daripada saya mengkaji sama ada Allah itu berada di atas arasy atau tidak bertempat, atau mempunyai tangan atau tidak mempunyai tangan, yang akhirnya tidak mendatangkan jawapan sebaliknya kekeliruan demi kekeliruan yang menatijahkan perdebatan sia-sia, lebih baik saya mengkaji ciptaan-Nya untuk memerhatikan tanda-tanda kekuasaan-Nya. Bagi saya, perkara itu lebih menambah iman.Wallahua'lam.
Rujukan

Saturday, December 29, 2007






Wahai Hawa, Kenapa.. engkau tak menghargai nikmat Iman dan Islam itu? Kenapa.. mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya? kenapa.. masih segan mengamalkan isi kandungan-nya ? dan kenapa.. masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya?


Wahai Hawa, Sedarlah..Tangan yang mengoncang buaian.. boleh mengoncang dunia, Sedarlah hawa.. kau boleh mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat!! yakni yang Soleh dan Solehah, kau boleh menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia.


Tapi hawa.. jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.


Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu.. kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH. BAHANA! Ia bisa memberi kegembiraan pada syaitan.. kerana wanita ialah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan kaum Adam.


Hawa, Andai engkau masih remaja.. jadilah anak yang Solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami.. jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu.. didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan Ad-din ALLAH.


Hawa, Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji TUHAN kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu.. hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya.. tapi merangsang nafsunya.


Wahai Hawa, Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan... takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.


Hawa, Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa, Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka.


Tetapi hawa, Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya... Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.


Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu... Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.


Hawa, Cintailah ALLAH.. dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu.. kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH. Cintailah keluargamu.. kerana tiada cinta selain cinta keluarga.


Hawa , Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang menggoncang buaian ini dapat menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan ILAHI. Jangan sesekali.. tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.


“Dunia adalah perhiasan & sebaik-baik perhiasan adalah Wanita Solehah” (Hadith Riwayat Muslim).